Saturday, September 17, 2016

Karangan Tengah Malam

Image result for bismillah in arabic





Pada malam ni, malam yang terlalu sunyi. Isi rumah semuanya lena dibuai mimpi. Tinggal aku yang terkebil kebil dekat ruang tamu. Sungguh aku benci perasaan tidak-mahu-tidur ini. Tidurlah wahai mata, esok hari kau pasti menyesal kerana tidak tidur lebih awal. Masa terlalu mencemburui waktu tidurku. Tidurlah. Aku mohon. T_T

Aku syak, otak aku tak boleh recognize ni waktu tidur atau tidak, kerana sejak semalam aku tidak tidur. Ya, tidak tidur bercinta dengan kekasih hati, menanti di talian, bercanda ria sehingga dinihari. Apa kau fikir aku budak darjah dua? Baru nak bercinta? Maaf maaf, aku tidak punya banyak masa seperti itu dong. Aku tidak tidur kerna, surgery cases menderu deru dari ER ke OT. Buatkan aku and the team berjuang sehingga ke Subuh. Perjuangan selesai sekitar jam 4 pagi.Tepat jam 6 pagi, aku paksa diri untuk bangun. Masih ada hari untuk berjuang. Perjuangan tak berkesudahan selagi kau bergelar OT Nurse. Makanya, waktu dewasa ini aku sangat menyesali ketika kecil aku enggan tidur. Kalau benar aku tahu, bila besar jadi OT Nurse, pasti akan aku manfaatkan waktu tidur dengan sebaiknya agar tidak perlu aku pikul eyebag berbakul bakul seperti hari ini. Uh! Kalau. Ada apa dengan kalau. Kalau kambing suka mandi. Kau dah kenapa, tetiba masuk cerita kambing malam malam macam ni, Qurban dan selesai. Takda kambing kambing dah.

Aku sepertinya perlu masuk tidur. Esok masih ada untuk aku berjuang. Guna perkataan berjuang ni, dah rasa macam askar pulak. "Semboyannn telah berbunyi menuju medan baakktii. Andai kata kami gugur semua, taburlah bunga di atas pusara......" OK dah, aku tak boleh berlama lama di sini, nanti lebih merepek repek  macam kerepek pisang jadinya. Semoga esok lebih baik dari hari ni. Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua hendaknya.


Baik aku mandi dulu... sebelum abang tanya. (Aku pon lebih kurang kambing juga ni.)



 






No comments:

Post a Comment