Sunday, September 11, 2016

Kembali Selepas Hilang

Assalamualaikum.

Masih ingatkah anda pada saya ni, seorang penulis blog yang selalu gila dan meroyan sendiri? - Hilang pergi mewaraskan diri lalu kembali untuk menjadi gila lagi. HAHAHA. Ya, sedikit gila, melupakan kata laluan Secret Garden, lalu mendelete segalanya, maka lenyaplah taman rahasiaku bersama rahsia dan dosa dosa hari semalam. -.-"

Aku tak pasti masih punya bakat menulis blog atau tidak, setengah jam aku perah otak untuk mukadimah. Mana pergi semua idea idea penulisanku? Hey, idea ke mari kau! Bantu aku yang kebuntuan ini. Bantu aku leraikan kekusutan penulisan ini.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, di atas setiap satu nikmat yang Kau beri kepadaku, setiap satu rahmat Kau hadirkan dalam hidupku. Sesungguhnya akulah insan yang bersyukur itu. Alhamdulillah. Dua tahun menyepikan diri, terlalu banyak perubahan yang berlaku. Contoh terdekat, berat badan. Berat mata memandang, berat lagi kaki yang menampung ni. Berat badan tidak lagi seringan kapas (dulu kau kapas ke?). Satu je perubahan ketara aku bagi. Lain semua malas nak ulaskan di sini.


Baiklah. Masa terlalu memberi tekanan kepada aku, sehingga aku gagal mengarang karangan 450 patah perkataan seperti dulu,


  • Aku masih lagi seorang jururawat. Dulu-Kini-Selamanya (InsyaAllah), moga terus diberi kekuatan zahir dan batin dalam berbakti kepada anak anak bangsa ni, mohon jangan selalu sakit, jagalah diri selagi boleh.


  • Aku sekeluarga kini menetap di Ipoh, Perak. Masih di sini selepas 7 tahun dan aku kira sinilah tempatnya hingga aku seusia ibu. Aku rasalah, sebab dah tak nampak uraura untuk berpindah lagi. Biarlah di sini, hatiku tertinggal di sini, tak mahu ke mana mana lagi. SAYA ANAK PERAK. Eh! kenapa tibatiba?

  • Aku kini seorang ibu kepada tiga orang anak. HAHAHA. Tak tak tak, jangan salah sangka, aku kini seorang ibu kepada tiga ekor kucing. Eh! Kucing? Ya, kucing. Aku bukan lagi golongan ailurophobia seperti dulu. Kini, kucing boleh mengada-ngada dengan aku. Siap sambut kepulangan aku dari rumah sakit. Iya dong! Apa,kau fikir aku bohong? -.-"

  • Aku masih gila. Masih meroyan seperti dulu, cuma kekangan waktu membuatkan aku kini sedikit kurang gila. Tapi masih ada. Jaga-jaga, jangan terlalu suka, nanti merana dek kegilaan aku ni.

  •  Sesungguhnya Allah swt lebih mengetahui apa yang terbaik untukku. Apa yang layak untuk diri ini dan setiap apa yang berlaku itu pasti punya hikmah tanpa kita sedari. Setelah beberapa negara aku kembara demi mencari cinta yang aku damba, aku terdampar di sini, lalu Allah hantar satu manusia yang aku tak tahu dari mana datangnya. Hoi! Apa kau merepek ni. Kembali kau ke dunia yang nyata. Kembali aku kata. HAHA. Aku kini seorang tunang keppada seorang insan, kini aku mengerti kenapa setiap satu lelaki yang aku temu dulu, pasti kecundang di akhir waktu, pasti pergi tak boleh dihalang. Inilah sebabnya, moga ini yang terbaik buat diri ini. Semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan ini. Amiinnnn.

  • Mari kita melihat gambar, aku tidak betah lagi untuk berlamalama di sini. Tataplah perkembangan hidup ini, termasuk pengembangan diri ini. Semoga panjang umur, kite bertemu lagi nanti. (Mungkin dua tahun lagi aku kembali.)









....Sehingga berjumpa lagi.

No comments:

Post a Comment